LATAR BELAKANG
Selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1/1999 iaitu Panduan Mewujudkan Perkhidmatan Kaunseling Di Agensi Awam dan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 18/2005, Panduan Aplikasi Psikologi Dalam pengurusan Sumber manusia Sektor Awam pemakluman tentang pelaksanaan AKRAB di Universiti kebangsaan malaysia bermula pada 11 januari 2011.AKRAB membawa maksud Amanah, Komitmen, Rasional, Akhlak, Bestari yang merupakan ciri-ciri penting yang perlu ada pada seorang rakan pembimbing. Seramai 24 orang kakitangan telah dilantik sebagai Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) dan mereka yang dilantik akan membantu Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar mengendalikan kes-kes kakitangan yang ringan dan mengenalpasti permasalahan kakitangan di Fakuliti/Pusat/Institusi. Sehubungan itu, pada disember 2010 Program Peningkatan Kemahiran Kaunseling (PPKK) dirangka bagi memberi pengetahuan dan kemahiran asas kaunseling tahap 1 dan tahap 2 kepada pegawai yang dilantik menjalankan fungsi sebagai Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) di Fakiliti/Pusat/Institut. Pada 15 Disember 2011, semua ahli AKRAB UKM yang telah tamat kedua-dua tahap telah diberi pentauliahan sebagai Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam.
AKRAB membawa maksud Amanah, Komitmen, Rasional, Akhlak, dan Bestari yang merupakan ciri-ciri penting yang perlu ada pada seorang rakan pembimbing. Tanpa ciri-ciri tersebut, peranan seseorang dalam menjalankan fungsi rakan pembimbing kurang berkesan, AKRAB juga merupakan penjenamaan semula versi rakan pembimbing, pembimbing rakan sekerja, pegawai khidmat nasihat, pegawai khidmat kaunseling dan pelbagai nama yang merujuk kepada peranan sebagai rakan pembimbing di agensi. Ini bermakna, di dalam perkhidmatan awam, pegawai yang memainkan peranan sebagai rakan pembimbing keseluruhannya akan di kenali sebagai AKRAB.
PEMILIHAN PESERTA
- Mempunyai Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) melebihi 80% pada tahun semasa dan Markah Sahsiah melebihi 85%.
- Tidak mempunyai rekod tatatertib.
- Pemilihan peserta adalah digalakkan dari gred 22 dan ke atas. Namun urusetia akan memastikan peserta yang dipilih adalah mewakili setiap gred jawatan terutamanya yang terlibat dengan tugas-tugas pentadbiran dan penyeliaan pegawai.
- Diperakukan oleh Ketua Jabatan sebagai layak untuk dilantik sebagai ahli AKRAB.
- Mempunyai minat dan kesanggupan untuk membantu rakan-rakan.
- Membantu BAhagian Pengurusan Sumber Manusia Jabatan pendaftar menangani kes-kes yang melibatkan masalah disiplin kakitangan Fakuliti/Pusat/Institut.
- Mengendalikan kes-kes yang ringan bersesuaian dengan keupayaan secara beretika.
- Mengenalpasti dan membezakan permasalahan yang dihadapi oleh kakitangan.
- Membantu Pengurusan Fakuliti/Pusat/Institut membuat saringan kes masalah kakitangan sebelum sebelum dirujuk ke Bahagian pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar.
- Menjamin kerahsiaan kes kakitangan terpelihara dengan baik di Fakuliti/Pusat/Institut demi kebaikan kakitangan yang terlibat.
- Sentiasa menunjukkan kepimpinan, keterampilan dan prestasi perkhidmatan yang cemerlang.
OBJEKTIF
- Menyediakan perkhidmatan membimbing bagi membantu rakan sekerja meningkatkan potensi dan kecemerlangan diri.
VISI
- Menjadikan AKRAB penggerak pembangunan modal ihsan dalam Pengurusan Sumber Manusia.
- Melaksanakan aktiviti khidmat membimbing kepada warga organisasi
- Membantu pegawai yang memerlukan bantuan dalam menghadapi permasalahan dalam kehidupan
- Berperanan sebagai perantara antara pegawai dengan kaunselor dalam membuat saringan kesesuaian masalah
- Mewujudkan hubungan baik dengan pihak Pengurusan Sumber Manusia di agensi bagi memudahkan perlaksanaan aktiviti AKRAB.
MOTTO
- "Berkhidmat Membimbing"